hati

Singkir lemak di perut

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

MASALAH lebihan lemak membelenggu hampir semua wanita terutama yang sudah melebihi usia 25 tahun atau bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama - lebihan lemak di perut, paha dan lengan.

Senaman? Mungkin ramai yang akan memberi alasan tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan melayan keluarga di rumah sedangkan jika benar-benar kuat semangat, mereka boleh mencuri masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan sedikit senaman terutama untuk mengurangkan lebihan lemak di pinggang dan belakang yang menonjol.

Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung celana jean, keadaan yang dipanggil ‘tayar ganti’ atau muffin top ini boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri. Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk.

Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian ini namun di samping senaman, empat perkara ini harus dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman.

Pertama, dapatkan tidur secukupnya. Jika anda terlampau penat, anda lebih cenderung untuk makan snek manis, sekali gus menambah kalori yang tidak sepatutnya. Sasarkan untuk tidur sehingga tujuh hingga lapan jam sehari.

Kedua, uruskan tekanan. Jika anda sering berasa tertekan, ada kemungkinan tekanan menyumbang kepada dorongan untuk makan lebih dan menambah simpanan lemak di perut.

Ini kerana apabila tahap kortisol yang tinggi terdapat di dalam badan anda, ia boleh meningkatkan jumlah lemak viseral contohnya di perut. Kita tidak boleh menghilangkan tekanan secara keseluruhan, tetapi cari cara atau aktiviti yang membuatkan anda relaks dan tenang.

Ketiga, makan secara sihat. Diet sama penting dengan regim senaman yang anda lakukan apabila anda mahu menyingkirkan lemak di perut, pinggang, paha dan lengan.

Keempat, jangan malas untuk bersenam. Jika tidak tahu caranya, Jurulatih Kecergasan Tasvengers, Farasafina Md Daud menunjukkan cara menyingkirkan lebihan lemak di bahagian pinggang dengan berkesan.

MEDICINE BALL HIGH TO LOW CHOP

TWIST RUSSIA

PLANK SISI ANGKAT DAN RENDAHKAN

BERENANG

CRUNCH SISI

Disiarkan pada: June 17, 2019 @ 4:30am
d