hati

Rahsia Cef Anis kekal bertenaga

Oleh Hamizah Badiran

KERJAYA sebagai cef selebriti membuatkan Anis Nabilah, 32, sentiasa sibuk di dapur dan memenuhi undangan pelbagai pihak.

Perlu selalu bergerak aktif dan pantas, Anis yang dibesarkan di Subang Jaya, memastikan dirinya mengamalkan diet disyorkan iaitu makanan seimbang dan minuman tinggi kalsium untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Berkongsi rahsia, Anis mengakui gemar minum susu dan gembira kerana kini ada Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL yang mengandungi kurma.

Katanya, ia lebih tinggi kandungan kalsium, lebih rendah lemak dan laktosa.

“Kurma sangat berkhasiat dan dianggap ‘superfood’ apabila ia penuh antioksidan dan serat yang baik untuk kesihatan.

“Gabungan hebat nutrisi susu dengan kebaikan buah kurma memberikan kelazatan dan khasiat berganda untuk badan serta minda.

“Ia juga dapat menghindarkan badan daripada hidrasi dan memberi tenaga sepanjang hari, sekali gus membantu kekal cergas serta fokus,” katanya.

Kata Anis, dia mula diperkenalkan dengan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL yang diperkaya dengan sembilan vitamin penting khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik.

“Saya jatuh cinta dengan susu ini selepas meminumnya. Rasanya memang sedap dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara lain juga.

“Paling utama, ia membekalkan tenaga yang berterusan kepada badan untuk melalui pelbagai aktiviti dan urusan kerja setiap hari,” katanya.

Dalam menjaga diet seharian, kata Anis dia memulakan harinya dengan mengambil sarapan ringan seperti bijirin atau ‘overnight oats’.

“Ia makanan kegemaran saya dan cukup mudah disediakan. Saya menikmati makanan tengah hari seperti biasa tetapi waktu petang pula mengambil makan malam yang ringan.

“Paling penting, perlu diikuti dengan senaman agar tahap kesihatan menjadi lebih baik,” katanya.

Sebagai cef, Anis yang suka memasak sejak usia tahun, bijak menyediakan juadah istimewa berasaskan buah kurma dalam masakannya.

Selain diminum begitu saja, Anis juga menambahkan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ke dalam beberapa resipi makanan seperti kari dan pemanis mulut untuk memberi rasa yang lebih berkrim dan lazat.

RESIPI KURMA COKLAT OVERNIGHTS OATS

BAHAN:

2 cawan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL (lebihkan jika mahu)

1/2 cawan yogurt biasa

1 cawan ‘rolled oats’

2 sudu besar biji chia

3 kurma medjool, dibuang biji dan dipotong

3 sudu besar madu

1 sudu kecil ekstrak vanila

1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

2 sudu besar serbuk koko

Buah-buahan segar seperti rasberi, beri biru dan potongan pisang serta strawberi (untuk hiasan)

1/4 cawan kacang badam

CARANYA:

1. Dalam mangkuk sederhana, kacau Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL bersama yogurt, oat, biji chia, kurma, madu, ekstrak vanila, serbuk koko dan serbuk kayu manis.

2. Bahagikan campuran ke dalam dua bekas atau balang jem. Tambah lagi Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL sehingga oat tenggelam. Buah-buahan segar boleh ditambah selepas mengisi separuh campuran bahan itu di dalam bekas atau balang supaya kelihatan berlapis.

3. Tutup bekas dan simpan semalaman. Sebelum hidang, taburkan buah-buahan segar dan kacang badam.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 5:00am
d