hati

Bantu tidur lebih lena

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

MENURUT Tinjau Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, setiap tiga dalam 10 orang dewasa berumur 16 tahun dan ke atas mengalami masalah mental atau tekanan.

Laporan media pada 2018 pula menunjukkan di Malaysia, masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa meningkat daripada 10.7 peratus pada 1996 kepada 11.2 peratus pada 2006, berbanding 29.2 peratus pada 2015.

Penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang menjejaskan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung menjelang 2020.

Sejak kebelakangan ini banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental kerana dijangka pada 2020 juga, satu daripada tiga rakyat Malaysia bakal menderita beberapa bentuk masalah kesihatan mental.

Tambahan pula, laporan juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-80 senarai negara paling gembira dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2019, jatuh 45 tempat berbanding tempat ke-35 yang diduduki pada 2018.

Tekanan secara fizikal dan sosial serta faktor persekitaran mungkin punca semakin ramai yang tidak gembira atau tertekan dengan kehidupan mereka, sekali gus menyumbang kepada peningkatan masalah mental. Oleh itu, amat penting untuk rakyat Malaysia menyedari kesedaran terhadap penyakit ini.

Pengasas dan Presiden AmLife, Lew Mun Yee berkata, rakyat Malaysia semakin tertekan dengan kesibukan dan tekanan gaya hidup moden yang menjejaskan kegembiraan, mood serta kesejahteraan.

Ini seterusnya memberi kesan buruk kepada kualiti tidur dan kesihatan kita secara keseluruhan, malah mempercepatkan penuaan.

“Rakyat Malaysia kini lebih tertekan, terlalu kuat bekerja dan menghabiskan terlalu banyak masa dengan media sosial serta pelbagai peranti. Ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kekeluargaan, kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Peningkatan usia dan penuaan sel mengurangkan keupayaan untuk berfungsi secara fisiologi, menyebabkan penyakit penuaan seperti rambut putih, penuaan kulit, masalah menopaus, gangguan tidur, kehilangan ingatan, penyakit Alzheimer, penyakit jantung, kanser dan sebagainya,” katanya.

Justeru katanya, selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan diet seimbang, tidur yang mencukupi juga penting supaya tubuh terasa lebih segar, sekali gus meredakan tekanan perasaan sama ada akibat masalah di tempat kerja mahupun peribadi. Bagi menangani tabiat dan isu gaya hidup moden, syarikat itu memperkenalkan minuman botani, Zleephonin.

Menerusi formula semula jadinya, ia membantu mendapat tidur yang lena, sekali gus memberi kesan kebaikan tidur setiap hari seterusnya berasa bertenaga sepanjang hari untuk menjalani hidup sihat, indah dan gembira di samping tersayang.

Zleephonin boleh didapati dalam bentuk booster yang mudah dibawa ke mana-mana dan diminum pada bila-bila masa selain sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk.

Pek uncang yang disediakan menyenangkan anda untuk menikmati Zleephonin (dalam bentuk serbuk) yang boleh dimasukkan terus ke dalam mulut atau dicampur dengan air untuk menyediakan minuman lazat dan berkhasiat.

Malah Zleephonin adalah formula dipatenkan yang keseluruhannya menggunakan ekstrak semula jadi dengan ekstrak kulit pisang sebagai ramuan utama. Banyak jurnal kesihatan dan perubatan melaporkan bahawa kulit pisang kaya dengan triptofan, iaitu asid amino penting meningkatkan serotonin (neurotransmiter) yang diketahui membuat kita berasa relaks, menambah baik mood dan secara tidak langsung membuat kita berasa lebih gembira.

Zleephonin dimuatkan dalam kotak 30 uncang dan dijual pada harga RM388 sekotak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zleephonin, layari www.amlife.com.my.

Disiarkan pada: July 25, 2019 @ 5:25am
d