hati

Comelnya dia

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

SEIRING peredaran masa, kanak-kanak kini semakin bijak bergaya termasuk dalam memilih busana yang digayakan.

Mungkin golongan itu tidaklah terlalu cerewet mengenai aspek rekaan namun tidak dapat dinafikan kebanyakan sudah mempunyai warna kegemaran sendiri selain corak yang digemari.

Atas faktor itu, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak kini lebih gemar menyarung busana dihasilkan daripada rona kegemaran terutama warna ceria selain yang dirasakan selesa apabila dipakai.

Memandangkan si kecil sentiasa bergerak aktif, fabrik busana digunakan tidak boleh diambil remeh kerana hakikat yang tidak dapat disangkal, faktor keselesaan yang bakal mempengaruhi emosi anak-anak.

Memahami setiap kehendak ibu bapa juga kanak-kanak dalam memilih busana, Little.Karya tampil dengan koleksi busana Suci Kimono Peplum yang mengambil kira semua aspek diperlukan pada sehelai busana kanak-kanak ceria dan aktif.

Pengasasnya Nornisha Daud berkata, koleksi peplum kurung itu mengambil kira unsur Jepun iaitu daripada rekaan kimono.

“Kami mengutamakan rekaan yang selesa untuk kanak-kanak selain cantik dipakai. Selain bermain dengan warna saya juga menggunakan fabrik yang berkualiti untuk memastikan si kecil tidak rimas.

“Koleksi ini didatangkan dalam saiz bermula setahun hingga 11 tahun pada harga RM99 hingga RM129,” katanya.

Nornisha berkata, bagi pilihan warna pula, pihaknya menawarkan koleksi itu daripada rona biru, kuning, ungu lavender, hijau zamrud, pic dan coklat nude.

“Koleksi ini sesuai untuk digayakan pada Aidiladha juga untuk menghadiri jemputan majlis tertentu.

“Paling utama koleksi ini sangat comel dan membuatkan si kecil tersayang anda selesa untuk bergerak aktif,” ujarnya.

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 4:30am
d