hati

Jambangan bunga duit [METROTV]

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

SIAPA yang tidak sukakan hadiah atau kejutan? Lebih manis apabila ia diberikan insan tersayang. Tidak menyentuh mengenai harga dan nilai, setiap individu berasa sangat dihargai apabila menerima pemberian ikhlas daripada yang tersayang.

Apabila menyebut mengenai hadiah, jambangan bunga duit yang menjadi antara trend hadiah masa kini bukan saja sangat digemari, malah ia juga sebenarnya boleh disediakan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Sama seperti menyediakan sejambak bunga atau coklat, jambangan bunga duit tidaklah terlalu sukar untuk disiapkan asalkan bahan yang diperlukan itu cukup. Paling penting, anda perlu menyediakan wang kertas secukupnya mengikut berapa saja nilai yang diinginkan.

Tidak kiralah menggunakan helaian bernilai RM10, RM20, RM50 atau RM100, jambangan bunga duit ini boleh disediakan dalam tempoh yang singkat selain membuatkan si penerima tersenyum girang.

Menurut perancang majlis yang turut melakukan khidmat gubahan, Khairul Bariyah Kamaruzaman, paling utama si pemberi perlu tahu berapa nilai wang yang ingin diberikan dan menyediakan wang kertas mengikut jumlah itu.

“Gubahan ini sebenarnya mudah kerana ia tidak terlalu memerlukan kreativiti untuk menyusun bunga, namun disaran menggunakan wang kertas yang pelbagai bagi memberikan impak warna dalam gubahan itu.

“Namun, gubahan tetap boleh disediakan walaupun hanya menggunakan wang kertas RM1 kerana pemberian hadiah ini bukanlah mementingkan soal nilai, namun ia lebih kepada keikhlasan si pemberi,” katanya.

Menurutnya, bagi menaikkan lagi seri gubahan, boleh juga disertakan beberapa kuntum bunga untuk mencantikkan lagi hasil pemberian itu.

“Mungkin sebelum ini, ramai yang mahukan jambangan bunga atau coklat, namun trend itu kini mula berubah kerana semakin ramai individu memilih untuk memberikan kejutan jambangan bunga duit.

“Ada juga yang mempersoalkan mengenai trend hadiah ini kerana dirasakan lebih mahal, namun sebenarnya tidak kerana ia boleh disediakan mengikut bajet masing-masing,” katanya.

Katanya, sesiapa saja mampu menyediakannya dan pemberian itu akan lebih bermakna kerana wang diberikan itu boleh disimpan atau digunakan penerima.

“Hadiah ini juga sesuai diberikan kepada ibu, isteri, suami juga anak. Tidak salah juga sekiranya mahu berikan kepada rakan.

“Selain menjimatkan, saya yakin gubahan yang dibuat itu lebih bermakna kerana ia dihasilkan mengikut kreativiti si pemberi,” katanya.

Khairul Bariyah berkongsi langkah mudah membuat gubahan jambangan bunga duit.

LANGKAH DEMI LANGKAH

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 5:00am
d