itmetro

Laptop termahal di dunia

Oleh Afiq Hanif

Acer Malaysia mungkin mempunyai laptop game bersaiz 21 inci lengkung termahal di dunia dengan harga RM39,999 yang mempunyai ciri unik model Predator 21 X.

Ia didatangkan dengan pemprosesan Intel Core i7 Gen-7 yang dibantu RAM 64GB jenis DDR4 2400 dan hanya ada 300 unit saja dikeluarkan di dunia.

Selain monitornya yang lengkung, ia termasuk penyediaan dua kad grafik Nvidia GeForce GTX1080 pada SLI yang masing-masing siap dengan ‘overclocked’ sesuai untuk permainan mengagumkan.

SPESIFIKASI:

ACER PREDATOR 21 X

Harga: RM39,999

Pemprosesan: Intel Core i7-7820HK Gen-7

RAM: 64GB DDR4

Kad grafik: 2 x Nvidia GeForce GTX1080

pada SLI

SSD: 2 x PCI Express SSD, teknologi NVMe pada RAID 0 (2 x 512GB

HDD: 1 x 1TB 2.5”

7200 RPM

Kipas: 5 x Aeroblade

OS: Windows 10 Home 64-bit

Skrin: 21 inci

Audio: 4 x pembesar suara, 2 x subwoofer

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 2:57am
d