itmetro

Sony Xperia XZ Premium ada 4K

Oleh Afiq Hanif

Sony Mobile Communications memperkenalkan dua telefon pintar bagi pasaran Malaysia termasuk Xperia XZ Premium dan Xperia XA1 Ultra yang masing-masing dijual pada harga RM3,399 serta RM1,899.

Xperia XZ Premium menjadi telefon pintar pertama di dunia dilengkapi paparan jenis 4K HDR yang menyamai paparan televisyen Sony Bravia di samping keupayaan kamera ‘super slow motion’.

Pada skrin 5.5 inci, ia datang dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 64 bit octa-core yang memantaskan operasi telefon selain lengkap RAM 4GB, bateri 3220mAh dan storan 64GB.

Manakala model Xperia XA1 Ultra pula mempunyai kamera 23 megapiksel dengan sensor mudah alih besar 1 / 2.3” jensi Exmor di samping lensa f2.0 yang memudahkan rakaman pada pencahayaan rendah.

Kamera selfie pula beresolusi 16 megapiksel manakala RAM pula sama dengan XZ Premium namun pemprosesannya dikuasakan MediaTek Helio P20 octa-core 64 bit.

Xperia XA1 Ultra bersaiz 6 inci dan mempunyai storan dalaman 64GB.

SPESIFIKASI:

Harga: RM3,399

Kamera Utama: 19MP Motion Eye, 1 / 2.3” Exmor RS, f2.0

Kamera depan: 13MP 1/3.06” Exmor RS, f2.0

Slot kad SIM: Nano (hibrid)

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835

Memori: 4GB

Paparan: 5.5 inci 4K HDR

Bateri: 3230mAh

Storan: 64GB, slot kad microSD (hingga 256GB)

Dimensi: 156 x 77 x 7.9mm

Berat: 191g

SONY XPERIA XA1 ULTRA

Harga: RM1,899

Kamera Utama: 23MP, 1 / 2.3” Exmor RS, f2.0

Kamera depan: 16MP 1 / 2.6 Exmor RS, f2.0

Slot kad SIM: Dwi nano

Pemprosesan: MediaTek Helio P20 octa core 64bit (quad core 2.3GHz + quad core 1.6GHz)

Memori: 4GB

Paparan: 6 inci HD 1080p

Bateri: 2700mAh

Storan: 64GB, slot kad microSD (hingga 256GB)

Dimensi: 165 x 79 x 8.1mm

Berat: 188g

Disiarkan pada: May 31, 2017 @ 12:49pm
d