itmetro

Blackberry KeyOne kini dijual

Oleh Afiq Hanif

Pengedar produk elektronik, Brightstar menjual Blackberry KeyOne ke pasaran Malaysia dengan harga RM2,688.

Telefon pintar KeyOne yang mengekalkan papan kekunci QWERTY ikonik dan beroperasi pada Android 7.1 Nougat.

Ia mempunyai skrin 4.5 inci HD penuh bersama kamera Sony 12 megapiksel di belakang dan lapan megapiksel untuk kamera depan di samping menjadi telefon Android paling selamat di dunia itu dipasang sistem keselamatan DTEK.

INFO

BLACKBERRY KEYONE

• Harga: RM2,688

• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 625

• RA: 3GB

• Storan: 32GB

• Skrin: 4.5 inci HD penuh

• Bateri: 3505mAh

• Ciri: QuickCharge 3.0

• Sambungan: USB C

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 7:27am
d