itmetro

Ciri baru Twitter cegah pembuli

Oleh Reuters

TWITTER memperkenalkan ciri baru dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya.

Twitter berkata, pengguna kini mempunyai pilihan untuk meredamkan pemberitahuan daripada akaun yang tidak diikuti serta akaun yang tidak mengikut mereka.

Pengguna juga dapat menapis tweet berkualiti rendah seperti tweet yang dipercayai dikeluarkan secara automatik atau yang mengandungi perkataan atau frasa tertentu.

Mac lalu, Twitter mengumumkan akan memperkenalkan penapisan baru supaya pengguna dapat mengehadkan akaun terpilih seperti akaun yang tiada gambar profil.

Twitter dan Facebook menghadapi kritikan kerana gagal menangani pembuli dalam talian, berita palsu dan propaganda pelampau pada platform masing-masing.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 7:31am
d