itmetro

HP mudahkan kerja harian

Bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang lebih efektik, HP sekali lagi menunjukkan komitmennya dengan menampilkan tiga rangkaian produk merangkumi HP EliteBook x360 1030 G2, HP Elite x2 1012 G2 dan HP Z Workstations.

Dengan kecanggihan inovasi terkini, produk HP mampu memudahkan urusan selain memenuhi kesesuaian pengguna dengan cirinya yang lebih ringan dan nipis untuk membolehkan pelaksanaan kerja di mana-mana saja.

HP EliteBook x360 1030 G2 menawarkan model komputer riba dengan rekaan dan fungsi yang dipertingkatkan.

Dengan dimensi 31.69 x 21.85 x 1.49 cm, peranti yang boleh bertukar menjadi tablet ini menjadi peranti mudah alih paling nipis di dunia yang ditawarkan untuk sektor komersil ke arah membantu pengguna perniagaan mendapatkan ruang kerja yang lebih fleksibel dan santai.

Hadir dengan skrin berukuran 13.3 inci bersama dua port USB 3.0 dan USB-C, HP EliteBook x360 didatangkan dengan sistem keselamatan peranti terbaik di dunia sekali gus menjanjikan keselamatan data perniagaan pengguna.

Peranti boleh pusing sehingga 360 darjah ini disokong oleh sistem operasi Windows 10, FreeDOS 2.0 dan Neokylin Linux 64 serta dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core i5 dan i7 Generasi Ke-7.

Manakala HP Elite x2 1012 G2 direka untuk menawarkan kuasa sehebat komputer peribadi yang menggabungkan prestasi komputer riba dan tablet untuk memberi kebebasan kepada cara anda bekerja.

Model terbabit mampu melancarkan prestasi kerja dengan pemprosesan Intel 7 Core i3 Generasi Ke-7 dan 10 jam hayat bateri bagi membolehkan anda bekerja, melayari internet dan berhubung dengan rakan sekerja tanpa sebarang batasan.

Bagi HP Z Workstations pula, ia hadir dengan dua varian berbeza iaitu HP Z2 Mini G3 dan HP ZBook Studio G3.

HP Z2 Mini G3 yang dijana menggunakan pemprosesan Intel Xeon dan grafik NVIDIA Quadro dengan pengesahan perisian CAD itu boleh disambungkan kepada enam skrin dalam satu masa.

HP ZBook Studio G3 yang berketebalan 18mm dengan berat hanya dua kilogram bersama gaya inovatif berupaya menterjemahkan prestasi sebuah komputer riba.

SPESIFIKASI:

HP Elite x2 1012 G2

Harga: Bermula RM6,040.94

OS: Windows 10 Home 64

Pemprosesan: Intel 7 Core i3 Generasi Ke-7

Grafik: Intel HD

Graphics 620

Memori: 4GB

Storan: 128GB

Paparan: 12.3”

Bateri: HP Long Life 4-cell, 47 Wh Li-ion

HP EliteBook x360 1030 G2

Harga: RM 7,842.94

OS: Windows 10

Pemprosesan: Intel Core i5 dan i7 Generasi Ke-7

Grafik: Intel HD Graphics 620

Memori: 16GB

Storan: Sehingga 1TB

Paparan: 13.3”

Bateri: HP Long Life 3-cell, 57 Wh Li-ion (bertahan sehingga 16 jam 30 minit)

Berat: Bermula 1.28 kg

HP Z2 Mini G3 Workstation

Harga: Bermula RM5,719.76

OS: Windows 10 Pro 64

Pemprosesan: Intel Xeon processor E3-1245v5

Grafik: Intel HD Graphics P530

Memori: Sehingga 32GB

HP ZBook Studio G3 Mobile

Harga: Bermula RM8,524.52

OS: Windows 10

Pemprosesan: Intel Xeon E3-1545M v5

Grafik: Intel Iris Pro Graphics P580

Memori: Sehingga 16GB

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 1:37pm
d