itmetro

iflix terbit siri kelab komedi

Oleh Afiq Hanif

PERKHIDMATAN langganan video atas permintaan (VOD), iflix menerbitkan siri pertama mereka yang berkonsepkan kelab komedi, Oi! Jaga Mulut.

Komedi tempatan terbabit dihoskan Haniff Hamzah dan turut disertai Joanne Kam, Papi Zak, Rayza Mukmin dan Jon Atherton.

Episod baru akan ditayangkan pada setiap Isnin untuk tujuh minggu.

Pengarah Global iflix, Mark Francis berkata, siri terbabit adalah langkah mendekati peminat komedi tempatan secara dalam talian yang boleh ditonton melalui telefon pintar atau peranti lain secara eksklusif.

“iflix menambah siri terbabit bagi pasaran Malaysia yang mana sebelum ini kami sudah menerbitkan rancangan mengikut kehendak negara seperti Huy! Bibig Mo (Philippines) dan Oi! Jaga Lambe (Indonesia),” katanya.

Sejak diperkenalkan, iflix mempunyai lima juta ahli dengan lima bilion minit strim video di Internet yang meliputi negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 2:58pm
d