itmetro

Laptop harga patut untuk game

Oleh Afiq Hanif

Untuk peminat permainan, mungkin ini berita gembira untuk anda. Acer kini memperkenalkan dua komputer riba permainan baru iaitu Acer Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5.

Model Predator terbaru ini direka dengan sistem dwikipas bersama ciri AeroBlade 3D Fan dan bilah kipas logam paling nipis di dunia untuk merangsang sistem terma dan mengekalkan suhu komputer riba pada tahap yang optimum.

Selain hadir dengan sistem operasi Windows 10, ia juga dicipta dengan pemprosesan Intel Core gen-7 dan dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB VRAM.

Komputer riba bernilai RM5,999 terbabit juga memiliki 8GB RAM.

Bagi yang mempunyai bajet yang lebih rendah pula, anda boleh mendapatkan Acer Nitro 5 pada harga hampir seperti komputer riba biasa.

Bernilai RM3,299 untuk pemprosesan Core i5-7300HQ, 1TB HDD dan kad grafik GTX1050.

Manakala komputer riba dengan pemprosesan Core i7-7700HQ, 128 SSD dan 1TB HDD serta kad grafik GTX1050Ti pula dijual pada harga RM4,699.

Acer Nitro 5 turut hadir dengan sistem penyejukan seperti Predator Helios 300 untuk memberikan lebih masa permainan kepada penggunanya.

INFO

ACER PREDATOR HELIOS 300

• Harga: RM5,999

• Pemprosesan: Intel Core gen-7

• OS: Windows 10

• Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX 1060

• Skrin: 15.6”,17”

• Paparan: HD penuh

ACER NITRO 5

• Harga: RM3,299, RM4,699

• Pemprosesan: Core i5-7300HQ, Core i7-7700HQ

• Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX1050, NVIDIA GeForce GTX1050Ti

• Skrin: 15.6”

• Paparan: HD penuh

Disiarkan pada: August 9, 2017 @ 12:48pm
d