itmetro

2 fon telinga Jaybrid

Oleh Afiq Hanif

Jaybird menghasilkan dua fon telinga untuk pengguna Malaysia termasuk model Jaybird X3 dan Jaybird Freedom.

Menariknya, kedua-dua model ini mempunyai keupayaan tanpa wayar dihubungkan dengan mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth.

Model Jaybird X3 dan Jaybird Freedom masing-masing kalis peluh dan percikan air yang sesuai untuk aktiviti luar.

Apa yang membezakan kedua-duanya apabila Jaybird X3 mempunyai saiz lebih besar dan tempoh menggunakannya selama sejam melalui sekali cas 20 minit.

Manakala Jaybird Freedom yang lebih kecil turut mempunyai keupayaan lapan jam penggunaan namun perlu disambungkan dengan port pengecas pada empat jam terakhir.

INFO

JAYBIRD FREEDOM

• Harga: RM699

• Kesesuaian: iPhone, Apple Watch, iPod Touch, iPad, iPad mini, Android, Windows, Blackberry, Android Wear, PC, Mac, peranti game

• Sambungan: Bluetooth

• Impenden: 16Ohm

• Kodek: AAC, SBC, Modified SBC

• Saiz pemacu: 6mm

• Masa mengecas: 2.5 jam

• Penggunaan: 4 jam

JAYBIRD X3

• Harga: RM669

• Kesesuaian: iPhone, Apple Watch, iPod Touch, iPad, iPad mini, Android, Windows, Blackberry, Android Wear, PC, Mac, peranti game

• Sambungan: Bluetooth

• Impenden: 16Ohm

• Kodek: AAC, SBC, Modified SBC

• Saiz pemacu: 6mm

• Masa mengecas: 2.5 jam

• Penggunaan: 8 jam

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 12:01am
d