itmetro

Fitbit Ionic saingan Apple Watch

Oleh Afiq Hanif

Fitbit melancarkan peranti boleh pakai (wearable) baru, Ionic yang mempunyai rekaan menawan dengan ciri Fitbit Coach, alat GPS tersedia di dalam dan mampu memainkan muzik menerusi storan dalaman sehingga 300 lagu.

Ia juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga empat hari dan mampu menyimpan pelbagai aplikasi utama telefon selain melancarkan notifikasi.

Selain itu, ia mempunyai keupayaan kalis air sehingga mampu dibawa masuk dalam kolam renang dan paling menarik, berupaya bertindak sebagai Fitbit Pay membolehkan bayaran dibuat terus menerusi jam pintar ini.

INFO

FITBIT IONIC

• Harga: Anggaran RM1,499

• Ciri: Kalis air sehingga 50 meter

• Skrin: Corning Gorilla Glass 3

• Sensor: altimeter, 3-axis, kompas digital, GPS, pengesan degupan jantung optikal, sensor pencahayaan ambien

• Jangka hayat bateri: 4 hari

• Masa mengecas: 1 atau 2 jam

• Sambungan: Bluetooth 4.0

• Kesediaan: Android, iOS atau Windows

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 12:01am
d