itmetro

Fungsi, ciri kamera mantap

Sony Mobile Communications melancarkan tiga model baru telefon pintarnya pada pameran elektronik pengguna terbesar, IFA 2017 yang berlangsung di Berlin, baru-baru ini.

Xperia XZ1 dan XZ1 Compact adalah rangkaian telefon pintar perdana bagi gergasi telekomunikasi berkenaan, manakala Xperia XA1 Plus adalah untuk penguna pertengahan yang ketiga-tiganya dijangka berada di pasaran sebelum akhir tahun ini.

Beza antara XZ1 dengan XZ1 Compact adalah saiz skrin iaitu 5.5 inci HD penuh dan 4.6 inci bagi yang kompak, namun kebanyakan cirinya masih sama.

Xperia XZ1 memiliki ciri hasil daripada kemajuan teknologi Sony termasuk sistem kamera Motion Eye, paparan HD penuh HDR 5.2 inci dan Hi-Res Audio.

Ciri terkini 3D Creator amat menarik perhatian juga hasil kemajuan sendiri Sony Mobile untuk memudahkan proses mengimbas objek 3D. Antara ciri menarik untuk bermain dengan 3D Creator ini seperti mencipta avatar untuk kegunaan pilihan kesan khas AR pada kamera, menyelaras hiasan dinding, berkongsi pelekat 3D bersama rakan atau dicetak terus menggunakan pencetak 3D.

Walaupun saiz lebih kecil bagi Xperia XZ1 Compact, tapi ia turut dilengkapi ciri tambahan kamera depan untuk sudut lebih lebar sehingga 120 darjah.

Kedua-duanya dikuasai oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835.

Sementara Xperia XA1 Plus bercirikan kamera belakang premium dengan resolusi 23MP, skrin HD penuh 5.5 inci dan prestasi audio yang tiada tandingan dalam kelasnya.

Selain itu, pengguna tidak bimbang walaupun dalam penggunaan aktif pelbagai aplikasi kerana baterinya tahan lama dengan kapasiti 3430mAh.

SPESIFIKASI:

Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact

Harga: Tidak diperoleh

OS: Android O

Pemproses: Qualcomm SnapdragonT 835

Skrin: HD penuh 5.2 inci dan HD penuh 4.6 inci (Compact)

Memori: 4GB

Storan: 32GB dan microSDXC hingga 256GB

Kamera: 19MP Motion Eye; video 4K

Kamera depan: 13MP

Dimensi: 6.1 x 3.0 x 0.3 inci dan 2.5 x 5.1 x 0.4 inci (Compact)

Berat: 5.5 oz dan 4.9 oz (Compact)

Sony Xperia XA1 Plus

Harga: Tidak diperoleh

OS: Android N

Pemproses: MediaTek helio P20 Octa Core 64bit (Quad Core 2.3GHz + Quad Core 1.6GHz)

Skrin: HD penuh 5.5 inci 1080p

Memori: 4GB/3GB

Storan: 32GB/64GB dan microSDXC hingga 256GB

Kamera: 23MP Motion Eye (belakang); 8MP (depan), video 4K

Dimensi: 6.1 x 2.9 x 0.3 inci

Berat: 3.14 oz

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 10:34am
d