itmetro

Rakam, sunting dan kongsi

Oleh Husain Jahit

Acer memperkenalkan kamera semua dalam satu 360 darjah, Acer Holo360 yang membolehkan pengguna merakam, menonton dan menyunting malah, mudah untuk pengguna berkongsi dari hanya satu peranti kerana ia menyokong sistem penyambungan di atas rangkaian telekomunikasi LTE.

Sokongannya ke atas platform OS Android 7.1 memudahkan lagi penggunaan tanpa perlu disambungkan kepada telefon pintar atau PC.

Beroperasi di atas platform Qualcomm Connected Camera dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, diperkasa pula dengan keupayaan menggabungkan video dalam masa nyata di atas skrin 3 inci, ia adalah peranti bertenaga untuk rumusan semua dalam satu penyaluran video 360 darjah secara langsung atau ‘live’.

Menerima perakuan Optik Panomorph oleh ImmerVision disebabkan keupayaannya merakam imej beresolusi tinggi pada 6.9K secara konsisten tanpa ada gangguan dan video format 4K.

Pengguna juga boleh menonton semula rakaman menggunakan set kepala realiti maya untuk mendapatkan seperti dalam suasana sebenar.

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 11:25am
d