itmetro

Ibadat dengan mengaji.com

Oleh HM Digital

Untuk menggalak dan menerapkan budaya membaca al-Quran sebagai amalan harian dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia, pelbagai aplikasi direka termasuk Mengaji.com.

Dibangunkan oleh syarikat tempatan, Mengaji.com menyediakan pelbagai ciri menarik termasuk doa harian, bacaan surah al-Quran dan peringatan waktu solat mengikut bandar utama di seluruh Malaysia.

Aplikasi yang dilancarkan pada Ramadan lalu ini menyediakan enam qari terkenal dari negara berbeza untuk mengalunkan ayat suci iaitu Hammudeh (Singapura), Muzammil Hasballah (Indonesia), Abderrahman Toukan (Maghribi), Jibril Wahab (Perancis), Tarmizi Ali dan Tirmizi dari Malaysia.

Pengguna bukan saja boleh memilih memperdengarkan ayat suci daripada pembaca yang digemari, malah pada masa sama boleh mempelajari dan mendalami al-Quran.

Bagi yang kurang pasti mengenai cara sebutan yang betul, anda boleh mengaktifkan fungsi tulisan rumi selain merujuk kepada terjemahan di bawah ayat untuk memahami maksudnya.

Pada masa akan datang, pembangunan akan menambah suara dua lagi qari yang disegani ramai iaitu Imam Makkah Sheikh Shariff dan Qari Youseff dari Amerika Syarikat.

Bahkan pembangun bakal menambah pelbagai fungsi lain seperti Class Mengaji apabila aplikasi membenarkan pengguna merakam suara mereka mengaji dan menyemak bacaan bersama ustaz pada akhir bulan ini.

Mengaji.com boleh dimuat turun di Play Store dan App Store.

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 11:28am
d