itmetro

Dwi kamera depan belakang

Oleh Afiq Hanif

HUAWEI memperkenalkan model telefon Nova 2i yang mempunyai empat kamera untuk kepuasan fotografi.

Paling menarik, dwi kamera resolusi 13 megapiksel dan 2 megapiksel di depan lengkap flash mampu memberikan kesan ‘bokeh’ di mana latar belakang gambar itu kabur fokusnya.

Kesan itu sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa.

Kamera belakangnya pula mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz pixkel 1.75 menghasilkan foto yang jelas.

Ia mempunyai skrin jenis IPS HD bersaiz 5.93 inci penuh bersama pemprosesan Huawei Kirin 659 octa core.

Di samping itu, Nova 2i datang dengan bateri 3340mAh.

Dengan RAM 4GB, kadar storan ditawarkan ialah 64GB selain sudah lengkap beroperasi pada Android 7.0.

Huawei Nova 2i dijual pada harga RM1,299 bermula 13 Oktober ini dan aktres terkemuka, Hannah Delisha dilantik duta produk.

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 6:32pm
d