itmetro

Meizu gagah

Meizu kini melancarkan produk terbaru mereka, PRO 7 dan PRO 7 Plus dengan fungsi dwiskrin ke pasaran Malaysia.

Meizu PRO 7 hadir dengan dua saiz berbeza, model standard dengan skrin Super AMOLED 5.2-inci 1080p dan PRO 7 Plus pula direka dengan skrin Super AMOLED 5.7-inci Quad HD.

Skrin kedua di bahagian belakang ini memberikan nafas baru kepada pengguna dalam menjalin komunikasi selain terdapat fungsi pemain muzik untuk membolehkan anda menghayati muzik kegemaran tanpa gangguan.

Dengan reka bentuk khusus dipanggil Omni Dimensional, kedua-dua versi PRO 7 mempunyai kamera depan 16MP f/2.0 selain kamera utama dengan sensor dwikamera yang menggunakan Sony IMX386 pada 24MP f/2.0.

Sistem dwi-kamera ini memberikan PRO 7 kebolehan untuk merakam gambar pada waktu malam dengan lebih baik dan lebih terperinci.

Manakala mod kabur pula membolehkan anda merakam gambar dengan impak fotografi seakan-akan DSLR.

Bagi aspek lain pula, PRO 7 dicipta dengan pemprosesan Helio P25 yang berprestasi tinggi dan jimat tenaga, manakala PRO 7 Plus menggunakan pemprosesan Helio X30 dengan kuasa lebih canggih.

Ia mempunyai prestasi yang lebih tinggi dan pada masa sama tidak menggunakan tenaga yang banyak. Tidak kira untuk panggilan mahupun permainan, PRO 7 Plus tidak akan menghampakan anda.

Untuk storan, PRO 7 hadir dengan kombinasi RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, manakala PRO 7 Plus pula dengan RAM 6GB dan pilihan 64GB mahupun 128GB untuk storan dalaman serta masing-masing mempunyai kapasiti bateri 3000mAh dan 3500mAh.

SPESIFIKASI:

MEIZU PRO 7

Harga: RM 1,899

Pemprosesan: Helio P25

RAM: 4GB

Storan: 64GB

Kamera: 16MP, f/2.0 & 12 MP + 12 MP, f/2.0 (belakang)

Bateri: 3000 mAh

Warna: Merah/emas/hitam

MEIZU PRO 7 PLUS

Harga: RM 2,799

Pemprosesan: Helio X30

RAM: 6GB

Storan: 64GB & 128GB

Kamera: 16MP, f/2.0 & 12 MP + 12 MP, f/2.0 (belakang)

Bateri: 3500 mAh

Warna: Merah/emas/hitam

Disiarkan pada: September 27, 2017 @ 2:29pm
d