itmetro

Vivo V7+ ada FullView

Oleh Afiq Hanif

Vivo melancarkan telefon pintar swafoto dengan kamera depan 24MP dan lampu LED yang berupaya menghasilkan foto selfie tajam dan jelas iaitu V7+.

Ia dilengkapi ciri Face Beauty 7.0 yang dapat mencerah dan menghasilkan warna kulit lebih seimbang walaupun dalam keadaan gelap.

V7+ didatangkan dengan Paparan FullView 18:9 mengagumkan pada skrin 5.5 inci selain menawarkan peningkatan paparan visual sebanyak 12.5 peratus berbanding skrin tradisional.

Turut hadir, fungsi Game Mode yang mampu menghalang sebarang panggilan dan mesej bagi menjamin pengalaman permainan tanpa gangguan.

VIVO V7+

• HARGA: RM1,499

• PEMPROSESAN: Qualcomm Octa-core

• OS: Funtouch OS 3.2

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB

• KAMERA: 24MP f2.0, 16MP f2.0 (belakang)

• SAIZ: 5.5”

• RESOLUSI: 1440 x 720

• BATERI: 3,225mAh

• WARNA: Matte Black, Gold

Disiarkan pada: October 12, 2017 @ 11:16am
d