itmetro

iPhone 8 dan 8 Plus mula dijual esok

Oleh HM Digital

Model Apple iaitu iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapatkan dalam dua pilihan storan iaitu 64GB dan 256GB akan dijual di Malaysia bermula esok pada harga bermula serendah RM 3,469

Berdasarkan laman website Machines, iPhone 8 dengan 64GB dijual pada nilai RM3,649 manakala iPhone 8 dengan storan sebesar 256GB berharga RM4399.

iPhone 8 Plus dengan ukuran skrin 5.5 inci boleh didapatkan pada harga RM4149 untuk setiap unit dengan RAM 64GB manakala 256GB pula ditawarkan pada RM4899.

Anda boleh memilih untuk mendapatkannya dalam tiga warna berbeza termasuk Gold, Silver dan Space Grey.

Bagaimanapun, syarikat telekomunikasi menawarkan harga jualan RM50 lebih rendah berbanding pengedar rasmi Apple di Malaysia.

Pada masa sama, laman rasmi Apyple Malaysia turut menyenaraikan harga runcit iPhone X. Harga jualan bermula RM 5,149 untuk storan 64GB dan RM 5,899 untuk 256GB storan.

Ini sekali gus meletakkannya sebagai model iPhone termahal yang pernah dijual di Malaysia.

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 11:22am
d