itmetro

Bukan sekadar penyejuk

Oleh Afiq Hanif

Penyaman udara! Ya fungsinya sekadar menyejukkan badan dalam bilik atau ruang tamu kan? Mungkin anda perlu memikirkannya buat kali kedua.

Penyaman udara kini bukan sekadar menyejukkan malah perubahan teknologi merintis tambahan inovasi dalam mesin.

Misalnya, penyaman udara Dual Cool Inverter LG yang mempunyai model Dual Cool Standard (Mosquito Away) mempunyai ciri unik seperti penjimatan tenaga, prestasipenyejukan pantas, keselesaan terbaik, penjagaan kesihatan serta mudah guna.

Dual Cool Standard (Mosquito Away) mempunyai Dual Inverter Compressor yang mengubah suai kelajuan pemampat untuk mengekalkan tahap suhu yang diinginkan tanpa perlu kerap mengawal naik turun suhu, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Perubahan teknologi juga menyaksikan keupayaan LG menghasilkan penapis habuk mikro yang memerangkap dan menghapuskan partikel mikro seperti bakteria, alergen dan habuk bagi memberikan persekitaran rumah dengan udara lebih segar serta bersih untuk anda.

Secara teornya, fungsi ini mampu menghapuskan partikel mikroskopik sekecil 0.3um.

Penguji tertarik dengan fungsi penyaman udara yang mampu menghalau nyamik apabila alat khas dalamnya menghasilkan gelombang ultrasonik tanpa bunyi di antara 30kHz - 100kHz.

Gelombang ultrasonik itu mengurangkan kemampuan nyamuk untuk mengesan CO2 yang dihembus keluar manusia dengan cara melumpuhkan sistem sarafnya, sekali gus menjadi teknik penghalau nyamuk yang bebas bahan kimia.

Bukan itu saja, dengan hanya satu klik pada butang kawalan jauh “Comfort Air”, ia mengubah suai sudut bilah kipas untuk memastikan udara tidak dihembuskan terus ke tubuh pengguna dan menyebabkan suhu badan turun mendadak serta rasa kurang selesa.

Pendek kata, teknologi Dual Inverter yang revolusionari ini sememangnya ultra efisien, berkuasa dan senyap.

Pemasangan juga tidak mengakibatkan bil elektrik melambung! Setakat ini, penambahan angka pada bil penguji seakan boleh ditutup sebelah mata.

Malah, terdapat aplikasi khas yang membolehkan pengguna memantau keadaan suhu dan memastikan kesesuaian ‘cuaca’ dalam bilik anda.

DUAL COOL INVERTER LG

• PENGELUAR: LG

• CIRI: Penyaman udara inverter

• PRO: Halau nyamuk, jimat tenaga

• KONTRA: Alat kawalan jauh lebih cantik diperlukan

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 1:12pm
d