itmetro

Kemuncak e-sukan Malaysia

Oleh Afiq Hanif

Kemeriahan e-sukan diteruskan dengan penganjuran CyberFest 2017 yang dijangka turut meningkatkan pemahaman mengenai industri terbabit di negara ini.

Penganjur CyberFest Asia Rinie Ramli, berkata acara mendidik rakyat Malaysia secara amnya ‘permainan’ adalah industri menguntungkan.

“Dianjurkan Spotgamers, JomGaming dan GamesBond, CyberFest 2017 akan mempunyai pertandingan game, pameran pendidikan permainan, pertandingan e-sukan, permainan ‘tabletop’, parti LAN, jualan & pameran dan aktiviti berkaitan permainan lain.

“Acara ini berjaya menghasilkan kerjasama dengan Empire City sebagai penaja utama, E-blue sebagai penyedia kerusi rasmi, Cyberview Sdn Bhd dan sebagai rakan strategik,” kata Rinie.

CyberFest 2017 dianjurkan pada 24-26 November 2017 di Empire City.

“Menariknya, kami turut mempunyai pameran pendidikan permainan menampilkan institusi pendidikan tinggi menawarkan kursus pembangunan permainan yang tersedia di negara ini dan luar negara,” katanya.

Katanya, ibu bapa juga boleh menyaksikan sendiri bagaimana bermain game mampu menjadi karier untuk anak mereka.

“Syarikat game juga akan menyertainya dan membuka peluang pekerjaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, CyberFest menyasarkan 3,000 pemain menyertai pelbagai permainan.

“Tiga sukan utama, Dota 2, CS: GO dan FIFA 18 dengan jumlah hadiah RM100,000 akan dipertaruhkan,” katanya.

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 1:16pm
d