itmetro

Balas mesej tanpa 'online'

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Pernahkan anda menghiraukan notifikasi WhatsApp untuk mengelakkan kenalan anda melihat anda sedang ‘online’?

Terdapat trik yang membolehkan anda membalas mesej tanpa muncul ‘online’.

1.Matikan Wi-Fi dan data Internet pada telefon pintar anda.

2.Buka WhatsApp dan perbualan yang hendak dibalas.

3.Taip mesej seperti biasa.

4.Tutup semula aplikasi WhatsApp.

5.Aktifkan kembali Wi-Fi atau sambungan rangkaian mudah alih anda.

Sebaik saja Internet diaktifkan, WhatsApp akan menghantar mesej anda secara automatik anda tanpa memaparkan ‘online’.

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 1:24pm
d