itmetro

Boleh tweet lebih panjang

Oleh AFP

PENGGUNA Twitter boleh merangka tweet dua kali lebih panjang selepas Twitter mengumumkan had tweet dinaikkan kepada 280 aksara, hari ini.

Twitter berkata, perubahan ini akan dilaksanan bagi semua bahasa kecuali bahasa Jepun, Korea dan Cina yang tidak mempunyai masalah dengan batasan 140 aksara.

Twitter mula menguji ciri ini awal September lalu.

“Kami menambahkan had aksara! Kami mahu membolehkan semua orang menyampaikan kenyataan mereka dengan lebih mudah dan cepat,” kata Twitter di laman rasminya.

Peningkatan had ini adalah kali pertama sejak Twitter ditubuhkan 11 tahun lalu.

Disiarkan pada: November 8, 2017 @ 11:22am
d