itmetro

Moto X4, G5s Plus meriah

Oleh HM Digital

Motorola Malaysia memperkenalkan dua telefon pintar, Moto X4 dan Moto G5s Plus untuk pasaran Malaysia.

Moto X4 dijual pada harga RM1,899 yang mempunyai skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3 yang beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 630 octa core 2.2GHz.

Telefon ini mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

Lebih mengagumkan, keupayaan dwikamera beroperasi pada 12MP+8MP apabila kamera pertama datang dengan 1.4mikron piksel pada f2.0 turut mempunyai sistem dwiautofokus dan mampu merakam video pada 1080p 60fps.

Kamera kedua 8MP pula mempunyai 1.12mikron piksel dengan f2.2 selain lensa sudut lebar 120 darjah.

Menggunakan bateri 3000mAh, ia juga disediakan bersama cas pantas pada USB-C dengan pengimbas cap jari di depan.

Manakala model Moto G5s Plus mempunyai sistem dwikamera 13 megapiksel bagi RGB+mono. Kelebihan yang ditonjolkan termasuk keupayaan rakaman monokrom terperinci di samping ciri ‘default’ yang anda boleh menyunting gambar sendiri kemudian ditampal ke gambar lain dengan mudah.

Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Jika membelinya pada harga RM999, anda akan memperoleh kadar storan 32GB dan beroperasi pada Android 7.1.1.

SPESIFIKASI:

MOTO X4

Harga: RM1,899

Pemprosesan: QualcommÆ Snapdragon 630 2.2 GHz octa core

RAM: 3GB

Storan: 32GB, slot kad microSD

Kenipisan: 7.99mm

Berat: 163g

Paparan: 5.2 inci FHD

Bateri: 3000mAh

Ciri: IP68

Kamera: 12MP+8MP

Kamera depan: 16MP

Slot kad SIM: 1 x nano

MOTO G5S PLUS

Harga: RM999

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 625 2.0GHz octa core

Skrin: 5.5 inci FHD

Kamera: 13MP+13MP

Kamera depan: 8MP

RAM: 4GB

Kad SIM: DwiSIM (nano)

Bateri: 3000mAh

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 1:11pm
d