itmetro

3 bertembung

Oleh Afiq Hanif

Pertembungan telefon pintar model pertengahan pada tahun ini memang meriah terutama apabila Huawei bangkit menyaingi dua model lain yang berada dalam ruang sama.

Persoalannya, siapa muncul hebat? Banyak syarikat datang dengan telefon pintar masing-masing cuba memikat hati rakyat Malaysia pada mana-mana segmen telefon.

Setiap jenama cuba mengalahkan satu sama lain terutama bagi segmen telefon pertengahan dan sememangnya Malaysia sesuai bagi tujuan terbabit selaku negara yang mempunyai pengguna yang unik.

Terdapat tiga syarikat utama dalam ‘pertempuran’ peranti peringkat perte­ngahan dan salah satunya Huawei.

Baru-baru ini, Huawei melancarkan Nova 2i yang menerima sambutan hebat. IT@Metro sendiri berpendapat ia telefon pertengahan yang cemerlang berdasarkan beberapa aspek menewaskan pesaing.

Nova 2i dan sebuah lagi model telefon ‘O’ mempu­nyai pemprosesan hampir sama iaitu beroperasi pada 2.36GHz serta 2.5GHz. Satu lagi model, ‘V’ pula agak ketinggalan dengan 1.8GHz.

Untuk RAM, ketiga-tiganya mempunyai 4GB sementara bagi storan pula, . O hanya mempunyai 32GB manakala Nova 2i dan V, masing-masing mempu­nyai 64GB membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak foto dan data.

Bagi paparan, kita melihat faktor ‘FullView’ yang menjadi trend masa kini. Telefon pintar ini semuanya dipasang daripada 5.9 inci hingga 6.0 inci tetapi me­ngikut resolusi, V mempunyai paparan yang lebih rendah hanya 720p manakala Nova 2i dan O pada 1080p iaitu FHD+.

Jadi, keduanya menunjukkan pengalaman tontonan yang lebih baik.

Melihat pada bateri, Nova 2i mempunyai kelebihan dengan bateri 3340mAh ditambah dengan algoritma pembelajaran mesin (AI) untuk membantu peranti menjimatkan bateri kemudian bertahan lebih lama lagi manakala O dan V mempunyai kapasiti bateri sekitar 3200mAh.

Akhirnya, harga bagi ketiga-tiga peranti ini pada julat RM1,200 hingga RM1,800.

Nova 2i berharga RM1,299 yang mana mengikut spesifikasi yang disenaraikan menawarkan prestasi yang sangat baik pada nilai harga terbabit.

Si O mempunyai tag harga yang cukup kompetitif, RM1 lebih murah berbanding Nova 2i pada RM1,298.

Nilai terbabit menjadikan O turut mempunyai kekuatannya sendiri apatah lagi dengan duta dilantik.

Manakala V agak sedikit kurang berdasarkan spesifikasi yang agak rendah.

Kesimpulannya, mengikut nisbah harga dan prestasi pada Nova 2i menjadikannya telefon pintar yang paling layak untuk dibeli bagi peringkat pertengahan.

Memiliki FullView dan telefon pintar Huawei pertama yang mempunyai empat kamera serta pemprosesan Kirin 659 memberi kelebihan meninggalkan pesaing dengan mudah.

SPESIFIKASI:

HUAWEI NOVA 2i

Harga: RM1,299

Pengeluar: Huawei

Ciri: Telefon pintar dwikamera depan belakang, skrin resolusi yang lebih tinggi, paparan FullView, pemprosesan yang kuat dan pantas

Pro: Kesan bokeh cantik, kapasiti bateri yang paling besar

Kontra: Perlu aksesori pihak ketiga

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 12:56pm
d