itmetro

Laman e-dagang berkembang

Oleh Afiq Hanif

Ramai penganalisis luar negara meramalkan kedai biasa mungkin akan gulung tikar berikutan pengguna lebih gemar membeli barangan secara online dan hanya ke kedai untuk membeli makanan atau minuman.

Satu laporan penyelidik pasaran ACNielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium berbelanja bagi tujuan pelancongan, membeli gajet atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Keupayaan jalur lebar menjadi antara punca utama penduduk Malaysia mampu berbelanja secara dalam talian, namun kajian menunjukkan penduduk bandar lebih cenderung menjengah kedai online berbanding penduduk luar bandar atau subbandar.

Mungkin ia disebabkan prasarana Internet yang lengkap di bandar namun ia bukan isu besar kerana penggunaan aplikasi beli-belah seperti 11street memang ringan tanpa perlu Internet berkelajuan tinggi pun.

Golongan berpendapatan sederhana dan ke atas menguasai 70 peratus perbelanjaan online.

Kuasa pembeli golongan ini biasanya lebih tinggi selain pendedahan kepada dunia Internet yang lebih luas namun dengan nilai harga yang ditawarkan syarikat e-dagang seperti 11street, mungkin pembeli tidak perlu risau mengenai demografik terbabit.

Kita mengandaikan majoriti pengguna di Malaysia membeli-belah secara dalam talian kerana mahukan harga murah yang ditawarkan, tapi kajian mendapati sebaliknya.

Selain faktor terbabit, pengguna di negara ini mementingkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi serta kepelbagaian.

Pembelian menerusi telefon pintar pula menjangkau ratusan juta yang menyumbang kira-kira peratusan tinggi daripada nilai pasaran beli-belah online.

Faktor populariti telefon pintar dengan kemudahan aplikasi menyumbang kepada jumlah perbelanjaan online.

Saiz penggunaan telefon pintar yang mempunyai skrin besar memberi impak kepada beli-belah online.

Apakah kesan kepada peniaga apabila keperluan dan keinginan berbelanja online semakin meningkat dengan penggunaan telefon pintar? ‘Mobile First’ adalah langkah tunggal bagi usahawan untuk merangka urus niaga berdasarkan keperluan pengguna arif yang memantau maklumat dan merisik belanja melalui telefon pintar.

Internet sudah melahirkan pengguna bijak yang mudah untuk bertukar kepada pelbagai pilihan sedia. Misalnya, jika laman web perniagaan anda tidak mudah dilayari, lambat, tidak mesra pengguna atau tidak menawarkan pelbagai kaedah bayaran, pembeli akan terus beralih kepada laman web yang memberi tawaran yang lebih menarik.

Pengguna juga mahukan produk dan harga dipaparkan dengan jelas dan mudah ditemui. Pembeli juga mahukan pelbagai cara menerima barangan yang dibeli online, kiriman ke rumah atau kutipan di cawangan terdekat. Pokoknya, pembeli mahukan aneka jenis pilihan dan tawaran untuk merasai kemudahan berbelanja online.

Kini, keperluan pengguna semakin meningkat dan kepuasan hasrat pelanggan menjadi keutamaan untuk mencapai kejayaan berniaga. Oleh itu, peniaga seharusnya menyesuaikan pelbagai aliran niaga dengan mengamal strategi yang membabitkan penggunaan telefon pintar sebagai salah satu perkara utama dalam membentuk kenikmatan beli-belah online yang menarik serta memuaskan.

Tidak kurang juga, pembeli sering bertukar pendapat antara satu sama lain dan media sosial kini menjadi wadah pengguna sama ada baik buruk tiap perniagaan, sekarang di hujung jari pengguna dan akan mempengaruhi teman mereka.

Terdapat banyak peluang bagi peniaga untuk mewujudkan aplikasi online mahupun laman web pemasaran, yang boleh sesuai dengan keperluan pengguna. Persaingan kini, semakin sengit untuk memikat minat dan kesetiaan pelanggan. Dengan adanya laman web yang sentiasa berhubung dengan pelanggan, setiap perniagaan sedia menampilkan perisian yang menarik, tertumpu dan sesuai dengan kehendak setiap pelanggan.

Penulis mengambil contoh sebuah beg tangan yang dijual di 11street berharga RM290 boleh dijual hanya RM48.23. Tak cukup dengan itu, pembuat roti yang berharga RM312.40 pun dijual pada harga RM199 saja.

Inilah impak beli-belah online yang menunjukkan pengguna mempunyai pilihan tanpa perlu keluar dari rumah.

Ia penjimatan tambahan tanpa perlu membayar petrol atau parkir yang mahal terutama di bandar besar.

Bayangkan juga, harga gajet yang ratusan ringgit pun boleh ‘drop’ melampau. Barangan kecantikan yang selama ini berharga RM353 pun turun hingga RM171.12.

Tambahan pula kempen 11street seperti ‘Shocking? YES! We Shock, You Shop sehingga hujung tahun cukup masa untuk masyarakat membeli-belah.

Barangan dan produk semuanya datang dari negara berlainan khususnya China, Jepun, Amerika Syarikat atau Korea Selatan.

Promosi yang mengejutkan bukan sehari dua saja malah ia juga kempen akhir tahun yang menawarkan ratusan ribu produk. Secara tepatnya, lebih daripada 100,000 ‘Shocking Deals’.

Selain itu, 11street menawarkan pula penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Ketika ini, Shocking? YES! menjanjikan promosi yang paling hebat dengan harga yang paling rendah.

Anda mungkin mahu beli belah untuk menghiburkan diri sendiri atau mungkin mengejutkan saudara mara atau rakan untuk ‘occasion’ tertentu seperti hari lahir.

Seakan makan di bufet, anda boleh mendapatkan nilai barangan yang sangat murah dalam pelbagai kategori termasuk produk kecantikan, barangan elektronik, produk atau aksesori kenderaan, pakaian serta peralatan dapur.

Inilah yang dikatakan beli belah alaf baru yang canggih dan mudah. Hanya di hujung jari.

Sama ada menggunakan PC atau buka aplikasi 11street di telefon pintar sudah boleh berbuat demikian dengan cara membeli yang paling ringkas dan mudah digunakan. Barangan pula pantas sampai di depan pintu rumah atau pejabat.

Ketika Malaysia di ambang ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau dinamakan Industri 4.0 dan era ekonomi digital, 11street yang juga laman e-dagang nombor dua di Malaysia sentiasa berusaha untuk memajukan sektor ini dengan tambahan ribuan produk tempatan dan antarabangsa.

Mengikut kaji selidik 11street, jumlah tempahan untuk produk global meningkat secara ketara iaitu dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016.

Sehingga kini, tawaran harga terendah yang dijamin serta promosi ‘kilat’ mempamerkan lebih daripada 500,000 jenama tempatan dan antarabangsa.

Tak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang mendapat kupon diskaun sehingga RM300 dan menikmati sesi membeli-belah yang penuh kejutan dari 11street.

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 1:33pm
d