itmetro

Jejak semula mesej dipadam

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Ciri terbaru yang terdapat pada aplikasi sosial WhatsApp iaitu memadam mesej boleh membuatkan penerima runsing mengenai kandungan mesej yang sudah dipadam oleh penghantar.

Bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, anda boleh menjejak semula mesej yang dipadam itu.

Sebagai langkah pertama, anda dikehendaki memuat turun aplikasi Notification History atau Notif log notification history.

Aplikasi ini berfungsi untuk menyimpan rekod setiap notifikasi yang masuk pada peranti anda.

Hanya klik pada senarai log untuk menyemak mesej yang dipadamkan pada WhatsApp anda.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 1:06pm
d