itmetro

Mudah pindah data

Oleh Afiq Hanif

Western Digital mempunyai dua tawaran kepada pengguna iPhone dan Android/PC melalui SanDisk iXpand Base serta 400GB SanDisk Ultra microSDXC UHS-I yang memudahkan urusan pemindahan salinan data.

Penambahan kandungan dalam telefon, tablet malah dron memerlukan storan yang sempurna bagi menyimpan data terbabit dengan baik.

SanDisk iXpand Base misalnya direka khas untuk pengguna iPhone yang menyalin foto, video dan hubungan dalam peranti ini ketika ia dicas.

Lengkap dengan pengecas 15W, ia berbentuk empat segi bulat dengan kapasiti bermula 64GB hingga 256GB.

SanDisk Ultra microSDXC UHS-I pula menjadi kad microSD pertama di dunia dengan kapasiti sehingga 400GB pada saiz kecil yang sesuai untuk pengguna di negara ini.

Jumlah kapasiti yang tinggi itu membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak kandungan data tanpa perlu risau mengenai storan terhad pada telefon masing-masing.

SANDISK IXPAND BASE

• HARGA: RM369 / RM529 / RM899

• KAPASITI: 64GB / 128GB / 256GB

• SAIZ: 25.36 x 101 x 107mm

• BERAT: 189.66g

• KESESUAIAN: iPhone 5, iPhone 5c, iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone SE, iPad Air, iPad mini, iPad mini 4, iPad Pro 12.9”, iPad Pro 9.7” iPad dengan Retina display, Lightning connector dan iOS 10+ / Windows VistaÆ, WindowsÆ 7, Windows 8, Windows 10, Chrome OS, Mac OS X v10.8

• JAMINAN: Dua tahun

SANDISK ULTRA MICROSDXC UHS-I

• HARGA: RM1,499

• KELAJUAN MEMBACA: Sehingga 100Mb/s

• KELAJUAN VIDEO: C10, U1, A1

• SAIZ: 14.99 x 10.92 x 1.02mm

• KESEDIAAN: Disember

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 1:20pm
d