itmetro

Samsung sedia warna feminin

Oleh HM Digital

Samsung mula menjual tiga model, Galaxy Note8 serta Galaxy S8 dan S8+ berwarna merah jambu di Malaysia.

Galaxy Note8 Soft Pink dan Galaxy S8 and S8+ Rose Pink disasarkan untuk wanita yang menunggu warna feminin ini manakala spesifikasinya kekal seperti biasa.

Harga juga kekal sama iaitu RM3,999 (Note8), RM3,299 (S8) dan RM3,699 (S8+).

Setiap pembelian Galaxy Note8, S8 dan S8+ Pink Edition akan didatangkan dengan kasing Alcantara bernilai RM209 dan 20 peratus diskaun bagi premium flatbed AirAsia X.

Note8 bersaiz berukuran 6.3 inci itu turut hadir bersama paparan berdefinisi tinggi (HD) Infinity Super AMOLED bagi memberikan kepuasan menjonton, membaca serta melukis kepada penggunanya.

Bagi keluaran terbaru ini, Samsung masih mengekalkan reka bentuk dan kualiti yang menjadi identiti Samsung Galaxy S8 dan S8+ iaitu paparan tanpa bazel yang digelar Infinty Display.

Ia juga dilengkapi kamera belakang 12 megapiksel dengan bukaan f1.7 manakala kamera hadapan lapan megapiksel bagi menawarkan rakaman gambar yang lebih jelas.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY NOTE 8 (MERAH JAMBU)

Harga: RM3,999

Pemprosesan: Octa core 2.3GHz, 1.7GHz

Skrin: 6.3 inci dual edge Super AMOLED Quad HD+

Kamera; 12MP+12MP, f1.7+f2.4

Kamera depan: 8MP

RAM: 6GB

ROM: 64GB, kad microSD

Kad SIM: 2 x nano (hibrid)

Bateri: 3300mAh

Kenipisan: 8.6mm

Berat: 195g

SAMSUNG GALAXY S8

Harga: RM3,299

OS: Android 7.0

Rangkaian: LTE Cat.16

Saiz: 148.9 x 68.1 x 8.0mm

Berat: 152g

Pemprosesan: Octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

Memori: 4GB LPDDR4

Storan: 64GB (UFS 2.1)

Paparan: 5.8 inci Quad HD+, 570ppi

Kamera: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

Kamera Depan: 8MP AF (f1.7)

Bateri: 3000mAh, Fast Charging

Samsung Pay: NFC, MST

SAMSUNG GALAXY S8+

Harga: RM3,699

OS: Android 7.0

Rangkaian: LTE Cat.16

Saiz: 159.5 x 73.4 x 8.1mm

Berat: 173g

Pemprosesan: Octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

Memori: 4GB LPDDR4

Storan: 64GB (UFS 2.1)

Paparan: 6.2 inci Quad HD+, 529ppi

Kamera: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

Kamera Depan: 8MP AF (f1.7)

Bateri: 3500mAh, Fast Charging

Samsung Pay: NFC, MST

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 6:12am
d