itmetro

Rakaman foto menakjubkan

Oleh Afiq Hanif

Honor 7X mula dijual di Malaysia 22 Disember ini pada harga RM1,099.

Namun Honor Malaysia turut menawarkan jualan kilat selama sejam pada 18 Disember ini bermula 3 hingga 4 petang yang mana ia dijual pada harga RM999 saja menerusi vmall dan Lazada.

Model ini datang dengan skrin seluas 5.93 inci bersama paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel selain dikuasakan oleh pemprosesan octa core Kirin dan sistem operasi Android 7.0.

Kamera depan peranti ini cukup cantik untuk merakam selfie pada lapan megapiksel manakala dua kamera belakang dengan 16 megapiksel dan dua megapiksel sudah memadai untuk rakaman foto yang menakjubkan.

Ia hadir dengan RAM 4GB dan storan 64GB.

SPESIFIKASI:

HONOR 7X

Pemprosesan: Kirin 659 Octa core

OS: Android 7.0

RAM: 4GB

Storan: 64GB, slot kad microSD

Skrin: 5.93” FHD+

Resolusi: 2160 x 1080 piksel

Kamera: 16MP+2MP, 8MP (depan)

Bateri: 3340mAh

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 6:18am
d