itmetro

Huawei Mate 10 teman mengembara

Oleh Afiq Hanif

Mengembara antara aktiviti menyeronokkan dan sudah pasti kita perlu merakamnya dalam peranti yang mampu mengembalikan semula memori apabila diperlukan.

Jadi penguji memilih Huawei Mate 10 sebagai teman mengembara yang mempunyai keupayaan kamera mengagumkan.

Kebanyakan foto yang dirakam berupaya menghasilkan visual menarik ditambah ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan kamera Huawei Mate 10.

Setiap imej diproses dengan AI menerusi Mate 10 mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, matahari terbit dan potret.

Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Sebab itu, penguji langsung tidak mempunyai masalah merakam foto dan hanya sekali dua menekan butang ‘shutter’ sudah boleh mendapatkan gambar yang cantik.

Melalui fotografi AI Huawei ini, pelbagai ciri dalam AI itu sendiri membantu merakam seperti yang penguji tonjolkan dalam artikel ini.

Berdasarkan kapasiti bateri 4000mAh dan pengecas pantas SuperCharge yang diiktiraf TUV kemudian diurus pula AI, ia mampu mengoptimumkan bateri. Bermakna anda mampu merakam sebanyak mana gambar namun baterinya tetap mampu bertahan lama.

Tiada lagi makna ‘powerbank’ selepas ini.

Kemudian, jika anda mahu tayangkan gambar tadi, hanya sambungkannya ke monitor berdasarkan mod Easy Projection (kabel Type-C ke HDMI) yang tidak memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Sudah pasti, apabila mengembara terutama di negara yang menggunakan bahasa Inggeris, ciri AI Accelerated Translation penting yang mampu menjadi penterjemah. Mate 10 berupaya menterjemah 50 bahasa dengan kuasa AI menerusi aplikasi Translator.

Disiarkan pada: December 21, 2017 @ 10:52am
d