itmetro

Lapor Waze tampal lubang

Oleh HM Digital

Bagi memastikan kelancaran pemanduan di Selangor, pengguna jalan raya digalak memanfaatkan kerjasama antara Waze dan kerajaan negeri mengatasi masalah lubang jalan raya yang mengganggu pemanduan.

Waze membenarkan pengguna melaporkan lubang melalui beberapa langkah mudah.

Pengurus Negara Waze Malaysia Edward Ling, berkata inisiatif terbabit memudahkan pemandu di Selangor melaporkan lubang jalan terus kepada pihak berkuasa dengan mudah dan cekap.

“Lubang terbabit dapat ditampal secepat mungkin,” kata Ling.

Menurut Unit Penghantaran Smart Selangor (SSDU), inisiatif ini meliputi pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis PerbandaranAmpang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Selepas laporan dibuat, PBT dijangka menampalnya dalam masa lima hari.

Disiarkan pada: December 21, 2017 @ 1:13pm
d