itmetro

Sekat aplikasi tak sesuai

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Di Play Store, terdapat aplikasi yang tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak seperti permainan memaparkan keganaskan serta aplikasi sembang boleh berkongsi lokasi.

Sekiranya tidak mahu mereka melakukan sebarang muat turun aplikasi yang tidak sesuai daripada Play Store, anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa untuk menyekat peranti Android daripada disalahgunakan.

Ikuti langkah mudah di bawah untuk menetap kawalan ibu bapa di Play Store anda:

1. Buka Play Store dan klik ikon menu

2. Pergi ke Settings

3. Klik butang Parental controls dan pilih On. Kemudian anda akan diminta memasukkan kod PIN ibu bapa.

4. Akhir sekali, semak senarai aplikasi yang anda benarkan untuk muat turun dan pilih mana-mana anda ingin sekat.

Disiarkan pada: January 4, 2018 @ 2:29pm
d