itmetro

Samsung Galaxy A8 hebat

Oleh Afiq Hanif

Tahan lasak dan sesuai untuk kaki swafoto. Itulah gambaran kepada dua model baru, Samsung Galaxy A8 dan A8+ yang mula ditawarkan kepada pengguna di negara ini.

Tiga warna menjadi pilihan iaitu kelabu, hitam dan emas.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ mempunyai dwi kamera 16 megapiksel dan 8 megapiksel pada apertur f1.9 yang merakam swafoto lebih jelas dan terperinci.

Kamera utama pula 16 megapiksel selain dilengkapi IP68 yang membolehkannya kalis air dan debu.

Kedua-dua model ini dibezakan dengan saiz, storan, RAM dan kapasiti bateri.

Samsung Galaxy A8 mempunyai skrin 5.6 inci FHD+ Super AMOLED, storan 32GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Samsung Galaxy A8+ pula memiliki skrin 6.0 inci FHD+ Super AMOLED, storan 64GB, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ masing-masing dijual pada harga RM1,799 dan RM2,499.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY A8 (2018)

Harga: RM1,799

Paparan: 5.6 inci FHD+ Super AMOLED

Kamera: 16MP PDAF f1.7

Kamera depan: dwi lensa 16MP (f1.9) + 8MP (f1.9)

Kenipisan: 8.4mm

Berat: 172g

Pemprosesan: octa core (2.2GHz dual + 1.6GHz hexa)

RAM: 4GB

Storan: 32GB, slot kad microSD

Bateri: 3000mAh

Sambungan: USB-C

OS: Android 7.1.1

SAMSUNG GALAXY A8+ (2018)

Harga: RM2,499

Paparan: 6.0 inci FHD+ Super AMOLED

Kamera: 16MP PDAF f1.7

Kamera depan: dwi lensa 16MP (f1.9) + 8MP (f1.9)

Kenipisan: 8.3mm

Berat: 191g

Pemprosesan: octa core (2.2GHz dual + 1.6GHz hexa)

RAM: 6GB

Storan: 64GB, slot kad microSD

Bateri: 3500mAh

Sambungan: USB-C

OS: Android 7.1.1

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 2:25pm
d