itmetro

Tidak perlu lagi 'add contact'

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

WhatsApp adalah salah satu aplikasi komunikasi paling popular ketika ini. Ia menjadikan cara berhubung lebih mudah berbanding dahulu.

Bagaimanapun, agak merumitkan apabila anda terlebih dahulu perlu membuat add contact semata-mata untuk berhubungan dengan seseorang untuk beberapa mesej saja.

Untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini, terdapat cara yang lebih mudah dan pantas untuk menghantar mesej melalui WhatsApp tanpa perlu menambah kenalan ke buku alamat anda.

Lebih menarik, kaedah ini tidak memerlukan anda memuat turun aplikasi lain dan ia berfungsi untuk kedua­dua sistem operasi iOS dan Android.

Disiarkan pada: February 8, 2018 @ 11:32am
d