itmetro

Czur Book Scanner ET16 mudah guna

Oleh Afiq Hanif

Salah satu pengimbas yang mudah guna, Czur Book Scanner ET16 sesuai digunakan di pejabat atau sekolah. Model Czur Book Scanner ET16 boleh mengimbas 40 muka surat buku tanpa membuka ‘stapling’ dengan format sebesar saiz A3.

Terdapat dua kaedah menggunakan pengimbas sama ada secara fizikal yang disambungkan ke komputer dengan USB/ HDMI atau WiFi berbekalkan bantuan akaun ‘cloud’ Czur.

Saya mencuba kedua-dua kaedah ini namun pada keseluruhannya lebih gemar menggunakan USB biasa.

Jika anda tidak mempunyai mana-mana komputer berhampiran, pilihan cloud boleh ciri utama.

Sekiranya anda akan menyambungnya terus ke komputer, anda akan meng­gunakan aplikasi Czur yang disertakan ketika proses pengimbasan.

Aplikasi ini memboleh­kan anda menggunakan Czur sama ada sebagai pengimbas imej yang merakam atau sebagai penyampai visual langsung iaitu seakan-akan projektor memancarkanya ke dinding.

Aplikasi ini akan menunjukkan kepada anda kaedah menggunakannya bermakna ia mudah digunakan jadi boleh memastikan ia diselaraskan tepat sebelum anda mengimbasnya.

Cara menggunakannya juga mudah, hanya selak satu muka surat ke muka surat yang lain dan tekan butang untuk rakaman. Bagi buku yang tebal mungkin sedikit sukar kerana perlu menggunakan kedua-dua tangan.

Pengimbas akan melukis beberapa garisan laser mendatar di seluruh imej yang membolehkannya mengira dan membetulkan kelengkungan halaman kemudian menyimpan gambar terbabit.

Perisian ini membolehkan mengimbas hitam putih, kelabu atau warna penuh. Apabila mengimbas buku, satu perkara yang saya pelajari ialah anda tidak perlu tergesa-gesa mengimbasnya.

Selak satu persatu dengan perlahan dan rapi. Perisian pengimbasan mempunyai tiga kategori utama iaitu ‘Scan’ yang digunakan dalam me­ngimbas dan merakam imej, ‘Archive’ dalam mengeluarkan dokumen Word atau PDF serta ‘Bulk’ dalam pemprosesan imej secara pukal. Selepas menggunakannya, pe­nguji lihat ia peranti mudah guna dengan perisian yang senang difahami.

Ia sesuatu yang unik kepada pejabat atau sistem pengajaran di kelas dengan nilai harga ‘OK’ iaitu RM1,799 didapati di 11Street.

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 1:25pm
d