itmetro

Cara lama, ciri baru

Oleh Afiq Hanif

Selepas model 3310, Nokia kembali dengan satu lagi model lama yang diberi nafas baru, Nokia 8110.

Nokia 8110 datang dengan rangkaian 4G tapi sebagai kategori ‘feature phone’ yang mempunyai papan kekunci dan telefon jenis longsor.

Ia lengkap dengan Facebook, Twitter dan Google (Assistant, Maps dan Search) selain dilengkapi VoLTE untuk panggilan tenang dan jelas.

Ia juga mempunyai akses kepada kalendar yang disambung melalui Outlook atau Gmail.

NOKIA 8110 (2018)

• HARGA: Tidak diperoleh

• PEMPROSESAN: Dual core (2x1.1 GHz Cortex-A7)

• RAM: 512MB

• STORAN: 4GB, microSD hingga 64GB

• PAPARAN: 2.45 inci TFT

• KAMERA: 2MP

• SAMBUNGAN: WiFi, GPS, 3G, 4G LTE

• BATERI: 1500mAh

• OS: KaiOS.

Disiarkan pada: March 8, 2018 @ 10:39am
d