itmetro

PUBG Mobile untuk Android, iOS

Oleh Hazril Md Nor

PERMAINAN video tembak menembak yang menjadi kegilaan di PC, Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) kini boleh dimainkan di telefon pintar Android dan juga iOS.

Versi yang dinamakan PUBG Mobile itu menggunakan sehingga 890MB ruang dalam storan telefon dan menampilkan sesi permainan hampir sama seperti di PC.

Karakter pemain akan ditempatkan di sebuah pulau bersama 99 lagi pemain dari seluruh dunia untuk berentap menjadi yang terakhir terselamat bagi bergelar juara.

Pemain perlu mencari senjata api, kelengkapan seperti baju untuk terus bertahan dan merancang strategi dengan betul. Permainan mudah alih ini juga memberikan kebolehan kepada pemain untuk menaiki kenderaan.

PUBG Mobile menggunakan Unreal Engine 4 untuk sesi permainan lebih lancar dan visual yang menarik. Ia dibangunkan oleh Tencent Mobile International Limited.

Disiarkan pada: March 20, 2018 @ 11:48pm
d