itmetro

Dua fon Neffos

Oleh HM Digital

Neffos berhasrat berada dalam kedudukan lima teratas sebagai pengeluar telefon pintar di Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Ia dimulakan tahun ini dengan pelancaran Neffos N1 yang mempunyai fungsi hebat termasuk dua kamera 12 megapiksel yang fokus pada mod potret.

Kamera Neffos N1 dikuasakan Sony IMX 386.

Telefon flagship Neffos terbabit membolehkan anda mendapatkan Internet laju dengan dwiisyarat antena yang menambah kelajuan isyarat masuk dalam fon.

Fon ini mempunyai pemprosesan MediaTek Helio P25 2.6GHz selain RAM 4GB.

Storan pula 64GB berdasarkan skrin 5 inci 1080p selain menyaksikan Neffos N1 dijual pada harga RM1,099.

Sementara itu, Neffos juga melancarkan model C7 yang fokus pada kamera depan untuk wefie atau swafoto.

Buktinya, Neffos C7 datang dengan 10 tahap mod ‘Beautify’ masa sebenar untuk rakaman cantik dan sudut lebar 86 darjah.

SPESIFIKASI:

NEFFOS N1

Harga: RM1,099

Kamera: 12MP+12MP

Kamera depan: 8MP

Pemprosesan: MediaTek Helio P25 2.6GHz

RAM: 4GB

ROM: 64GB, slot kad microSD

Skrin: 5 inci 1080p

Bateri: 3260mAh

Sambungan: USB-C

NEFFOS C7

Harga: RM599

Pemprosesan: Octa core 1.5GHz

Paparan: 5.5 inci IPS LCD

Kamera: 13MP

Kamera depan: 8MP

RAM: 2GB

ROM: 16GB, slot kad microSD

Bateri: 3060mAh

Warna: Kelabu/emas

Disiarkan pada: March 22, 2018 @ 11:38am
d