itmetro

Nova 2 Lite berbaloi!

Oleh HM Digital

Selepas Huawei Nova 2i mendapat sambutan meriah, kini Huawei Nova 2 lite pula mengambil alih sebagai peranti terbaik dalam lingkungan harganya di samping memiliki paparan penuh berdimensi tinggi (HD) 5.99 inci dan sistem dwikamera.

Buktinya, selepas empat hari di pasaran, ia mencatat jualan lebih 7,000 unit. Sambutan hebat ini disebabkan pelbagai keistimewaan dimiliki.

Dengan harga RM799, ia menepati semua spesifikasi dimahukan rakyat Malaysia. Memiliki teknologi inovatif terbaru Huawei, membolehkan anda menonton strim video dengan puas kerana pada nisbah skrin 18:9, menghasilkan skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci.

Menerusi set dwikamera belakang dan satu kamera depan dimiliki, pengguna boleh mengambil gambar dengan begitu jelas selain merakam video untuk mengabadikan saat indah bersama yang tersayang.

Nova 2 Lite mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB manakala rekaan 2.5D di belakang dengan panel gelas yang premium membangkitkan nilai estetik yang menawan.

Bukan itu saja, anda boleh membuka kunci dengan wajah (1024 poin pada wajah manusia) dengan kepantasan 900 milisaat.

Kamera belakang pada Nova 2 Lite lengkap 13MP+2MP untuk kesan bokeh selain fokus laju PDAF.

Terdapat mod ‘Wide Apertur’ yang apabila diaktifkan, lensa 13MP akan menangkap detail pada subjek manakala lensa 2MP akan memberikan kesan bokeh dengan tujuh jenis tahap apertur.

Kamera 8MP depan pula mempunyai flash ikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan apertur f2.0 bersama sudut swafoto sehingga 77 darjah menghasilkan pelbagai gambar yang menarik.

Nova 2 Lite berasaskan sistem operasi EMUI 8.0 (Android 8.0) untuk kelancaran. Memori lebih lancar dengan pelbagai aplikasi yang dipasang termasuk game, media sosial dan menonton video strim.

Nova 2 Lite mempunyai tiga kad slot, semua boleh guna. Dua untuk kad Sim dan satu untuk kad microSD hingga 256GB.

Bagi mereka yang sedang mencari telefon pintar pada harga sangat berbaloi dan berteknologi tinggi, Nova 2 Lite adalah jawapannya.

Disiarkan pada: March 29, 2018 @ 11:16am
d