itmetro

Alih susun audio ke bentuk nota

Oleh Afiq Hanif

Bagi pekerjaan yang memerlukan perakam suara seperti wartawan, aplikasi Otter Voice Meeting Notes (Otter) pastinya menjadi berita gembira untuk anda.

Walaupun fungsi utamanya adalah untuk merakam audio, aplikasi ini menawarkan ciri tambahan yang menarik yang tidak ada pada perakam audio yang terdapat pada peranti pintar anda.

Menariknya, Otter berupaya mengalih susun (transcribe) audio yang direkod ke dalam bentuk nota. Dengan inovasi baru itu, pengguna tidak lagi perlu mendengar semula rakaman dan menyalin isi penting audio.

Pengguna juga boleh mencari bahagian audio penting dengan memasukkan kata kunci sahaja. Kemudian, aplikasi berkenaan akan mencari audio yang diperlukan secara automatik.

Sekiranya anda risau rakaman audio anda akan memenuhkan ruang storan peranti pintar anda, kini tidak lagi dengan Otter.

Menggunakan sistem berasaskan ‘cloud’, Otter menawarkan ruang storan yang besar sekali gus memberikan kebebasan simpanan kepada penggunanya.

Disiarkan pada: April 12, 2018 @ 11:14am
d