itmetro

Spesifikasi tinggi, harga menarik

Oleh Afiq Hanif

Sebuah telefon yang mampu menyaingi model P10. Itulah gambaran pada Huawei Nova 2 Lite yang mempunyai keupayaan spesifikasi hebat pada harga murah.

Dengan harga RM799, ia menepati semua spesifikasi dimahukan rakyat Malaysia. Memiliki teknologi inovatif terbaru Huawei, membolehkan anda menonton strim video dengan puas kerana pada nisbah skrin 18:9, menghasilkan skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci.

Menerusi set dwikamera belakang dan satu kamera depan dimiliki, pengguna boleh mengambil gambar dengan begitu jelas selain merakam video untuk mengabadikan saat indah bersama yang tersayang.

Nova 2 Lite mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB manakala rekaan 2.5D di belakang dengan panel gelas yang premium membangkitkan nilai estetik yang menawan.

HUAWEI NOVA 2 LITE

• HARGA: RM799

• PAPARAN: 5.99 inci 1440 x 720 Huawei FullView

• OS: Android 8.0

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 430

• WARNA: Hitam/emas/biru

• RAM: 3GB

• ROM: 32GB

• BATERI: 3000mAh

• KAMERA BELAKANG: 13MP+2MP, kesan bokeh selain fokus laju PDAF, wide aperture

• KAMERA DEPAN: 8MP, apertur f2.0, swafoto sehingga 77 darjah

Disiarkan pada: April 12, 2018 @ 11:23am
d