itmetro

Tiga kamera baru Canon

Oleh Afiq Hanif

Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan tiga kamera siri EOS termasuk kamera ‘mirrorless’ EOS M50 selain dua kamera pemula, EOS 1500D dan EOS 3000D.

EOS M50 menjadi kamera pertama Canon dilengkapi pemprosesan imej terkini DIGIC 8 yang meningkatkan keupayaan rakaman video 4K.

Pemprosesan imej termaju DIGIC 8 itu digabungkan dengan sensor APS-C CMOS bersaiz 24.1 megapiksel menawarkan pengguna teknologi terkini merakam imej jelas dan cantik walaupun dalam keadaan pencahayaan kurang.

Ciri Dual Pixel CMOS AF yang ditambah baik memastikan fokus subjek anda tidak tersasar walaupun ia bergerak pantas.

Ia memastikan kelajuan ISO normal 25600 dan boleh dipertingkatkan menjadi 51200 bagi menikmati rakaman yang jelas bersama tahap ganguan rendah.

Manakala dua lagi model, Canon EOS 1500D dan EOS 3000D sesuai untuk mereka yang berjinak-jinak dan menambah minat dalam fotografi.

Sebagai penambahan terkini dalam rangkaian kamera DSLR mampu milik Canon, mereka yang baru belajar dalam bidang fotografi tidak perlu kekal novis dengan EOS 1500D dan EOS 3000D.

Kedua-dua kamera ini dikuasakan oleh pemproses imej DIGIC 4+ serta sensor APS-C CMOS 24.1 dan 18.0 megapiksel.

Jadi pengguna boleh mendapatkan gambar berkualiti terbaik walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.

Bukan itu saja, DSLR ini mempunyai ciri Features Guide yang membantu pengguna meningkatkan teknik mereka melalui cadangan dan tip.

Disiarkan pada: April 19, 2018 @ 12:37pm
d