itmetro

Eksport ke luar negara

Oleh Afiq Hanif

Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) menjadi hab digital perdagangan pertama di dunia yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasuki pasaran global.

Salah satu PKS, Megix Industries Sdn Bhd (MI), mengakui ia mampu membantu melonjakkan syarikat tempatan ke pasaran luar negara.

Pengarah Urusan MI Francis Ng (gambar), berkata sejak menyertai DFTZ, barulah perniagaan yang ditubuhkan sejak 2007 menyaksikan pertumbuhan pesat selaras dengan dunia digital tanpa sempadan.

“Kami pernah mengeksport produk kira-kira tujuh kontena saja setahun namun sekang mampu menjangkau tujuh kontena dalam masa sebulan.

“Tak sangka selepas itu kami memperoleh pelanggan dari Maldives, Amerika Syarikat, Kuwait dan UAE yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini,” katanya.

Menerusi platform berkenaan, PKS dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai pusat digital serantau bagi pasaran global.

Menerusi DFTZ juga, PKS tempatan berpeluang memasarkan produk mereka ke pasaran eksport termasuk Eropah, Russia, China dan Asia Tenggara.

DFTZ adalah zon perdagangan bebas pertama di luar China yang dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi terkini.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 12:49am
d