itmetro

Instax baru nampak hipster

Oleh Afiq Hanif

Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan kamera cetak segera Instax terbarunya, Instax Square SQ6 untuk pasaran Malaysia yang berharga RM598.

Instax Square SQ 6 didatangkan dengan saiz gambar cetakan empat segi bagi memenuhi kehendak pengguna kini terutama golongan muda yang sentiasa mahukan kelainan dalam mengambil gambar.

Ia mempunyai tiga penapis warna iaitu jingga, ungu dan hijau yang muat dalam flash tersedia manakala flashnya juga akan menetapkan dedahan cahaya automatik, jadi anda tidak akan hilang fokus pada subjek atau latar belakang terlalu gelap.

FUJIFILM INSTAX SQUARE SQ6

• HARGA: RM598

• SAIZ: 62 x 62mm

• MOD FOKUS: macro mode, normal mode, landscape mode

• SHUTTER: 1.6 - 1/400s

• TETAPAN MASA: Ada

• JUMLAH FILEM: 30

• TIMER: 10 saat

• JANGKA HAYAT BATERI: 300 gambar

Disiarkan pada: May 17, 2018 @ 1:42pm
d