itmetro

Android asli

Oleh Afiq Hanif

ASUS memperkenalkan fon Android asli, Zenfone Max Pro (M1) yang mempunyai kuasa pemprosesan Snapdragon 636 dengan keupayaan dua kamera bokeh beresolusi 13 megapiksel dan 16 megapiksel.

Menariknya, ASUS ZenFone Max Pro (M1) juga bertindak sebagai powerbank apabila mampu mengecas fon lain menggunakan kapasiti bateri 5000mAh yang turut berupaya memungkinkan pengguna bermain game sehingga 12 jam.

Berdasarkan paparan 18:9 FullView, ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang bersaiz 5.5 inci mempunyai antaramuka lebih kemas dan bersih di samping mampu menghasilkan rakaman video jenis 4K.

SPESIFIKASI:

ASUS ZENFONE MAX PRO (M1)

Harga: RM699

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 636

GPU: Adreno 509

RAM: 4GB

ROM: 64GB

Slot kad: 3 - 2 x SIM, 1 x microSD

Kamera: 13MP+16MP

Kamera depan: 5MP

Bateri: 5000mAh

OS: Android 8.1

Skrin: 5.5 inci

Disiarkan pada: May 31, 2018 @ 2:15pm
d