itmetro

Laptop game hebat

Oleh Afiq Hanif

Laptop padu untuk game pastinya melalui Lenovo Legion Y530 bersaiz 15.6 inci yang beroperasi secara senyap dan tidak panas dengan berat hanya 2.3 kilogram (kg).

Lenovo Legion Y530 yang mempunyai kenipisan 24mm saja mempunyai paparan 144Hz dengan 300nit kecerahan menyaksikan visual game kelihatan menarik di depan mata.

Mempunyai pad kunci yang ergonomik dan selesa, laptop ini didatangkan dengan generasi pemprosesan Intel, grafik NVIDIA dan memori DDR4 terbaru.

INFO:

LENOVO LEGION Y530

Harga: Tidak diperoleh

Pemprosesan: Intel Core i5 Gen8 ke atas

OS: Windows 10 Home

Grafik: NVIDIA GeForce GTX1050

Memori: Hingga 32GB DDR4 2666MHz

Storan: Hingga 512GB PCIe SSD / 2TB HDD

Audio: Harman

Paparan: 15.6 inci 1920 x 1080 IPS

Port: 1 x USB-C, 1 x Mini DisplayPort 1.4, 1 x USB 3.1 Type-A, 1 x HDMI 2.0, 1 x RJ45, DC-In, Kensington Lock

Disiarkan pada: June 21, 2018 @ 2:07pm
d