itmetro

Mesin game

Oleh Afiq Hanif

Acer Predator Helios 500 menjadi laptop untuk permainan video berstatus AAA yang mempunyai grafik intensif dan penstriman secara langsung.

Ia didatangkan dengan ciri grafik overclockable NVIDIA GeForce GTX 1070 dan pemprosesan Intel Core i9 sehingga gen-8 dan memori mencecah 64GB.

Predator Helios 500 memastikan pemain dapat terus beraksi. Menawarkan pengalaman bermain yang premium, inilah komputer riba terbaik yang memastikan anda terhibur sama ada di rumah atau di luar.

Mengambil kira keperluan pemain yang ekstrem ketika dibangunkan, maka tidak hairanlah jika Predator Helios 500 dapat memainkan permainan video berstatus AAA yang padat dengan grafik dan mengendali penstriman langsung dengan mudah.

Bagi sebuah komputer riba, paparan bersaiz 17.3 inci yang lebar dengan FHD IPS itu mampu menawarkan visual yang jelas (300 nits).

Ia juga menyokong teknologi NVIDIAÆ G-sync dengan kadar segar semula 144Hz yang sangat pantas dan lancar, sekali gus menjanjikan pengalaman bermain yang jelas dan tidak koyak.

Dua unit pembesar suara stereo dengan subwoofer binaan dalam, teknologi Acer TrueHarmony dan Waves MaxxAudio pula memberikan kualiti bunyi yang mengasyikkan, serta audio 3D yang hiper realistik menggunakan Waves Nx.

Predator Helios 500 dilengkapi sistem kipas berkembar yang menampilkan kipas besi AeroBlade 3D Acer dan lima paip haba yang mampu meningkatkan prestasi sistem thermal (suhu) dan memastikan komputer riba dapat beroperasi pada suhu yang optimum.

Manakala Acer Nitro 5 dikuasakan oleh pemproses Intel Core TM i7+ gen-8, NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti dengan 4GB RAM.

Acer Nitro 5 disasarkan kepada pemain yang gemar menikmati keseronokan bermain bersama rakan dan membina rangkaian sendiri dengan pemain yang memiliki kecenderungan sama.

Dengan memori Intel OptaneTM, Acer Nitro 5 menawarkan pengalaman perkomputeran yang lancar dan responsif untuk mempercepatkan tugasan harian.

Ideal untuk masa boot-up dan tempoh muat turun sewaktu bermain yang pantas, Acer Nitro 5 dilengkapi memori 16GB Intel Optane yang sangat pantas dan dipadankan bersama storan 1TB HDD.

Paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 inci menawarkan imej yang sempurna bersama kualiti audio terbaik demi menawarkan pengalaman mengasyikkan ketika bermain permainan video atau menonton filem.

Pengguna juga boleh mengawal proses penyejukan secara manual melalui aplikasi NitroSense. Ditawarkan pada harga RM3,999, Acer Nitro 5 boleh didapati mulai Julai 2018.

Acer Predator Orion 5000 kini menyertai keluarga Predator Orion.

Dikuasakan oleh pemprosesan Intel CoreTM i7-8700 gen-8 dan storan sehingga 64GB DDR4 yang dipadankan dengan NVIDIA GeForce GTX 1070 GPU.

Pemain boleh menguasai dunia baru mereka melalui kualiti gambar beresolusi tinggi selain menawarkan prestasi permainan yang ekstrem serta pengalaman VR.

Dengan adanya IceTunnel 2.0 Acer yang memisahkan zon suhu berbeza sistem secara pintar, di mana setiap satunya mempunyai saluran aliran udara tersendiri untuk mengeluarkan haba, Predator Orion 5000 sememangnya sebuah mesin yang hebat.

Reka bentuk panel hadapan yang berlubang-lubang dengan penapis habuk membolehkan Predator Orion 5000 menyedut jumlah udara yang tinggi, pada masa sama menapis habuk.

Predator Orion 5000 menawarkan pilihan lengkap untuk permainan video dengan chasis yang menarik.

Chasisnya yang boleh diubah suai membolehkan pemain untuk menaik taraf CPU, GPU, RAM dan storan menerusi panel sisi yang mudah dibuka.

Panel tingkap sisi yang besar dan jernih menyerlahkan kuasa yang ada di dalamnya, pada masa yang sama memantau electromagnetic interference (EMI) agar sentiasa berada di tahap terbaik.

Untuk melengkapkan pakej ini, Predator Orion 5000 didatangkan dengan papan kekunci Predator USB Flare dan tetikus.

Ditawarkan pada harga RM7,899, Predator Orion 5000 boleh didapati mulai pertengahan Julai.

Disiarkan pada: July 5, 2018 @ 11:08am
d